Posted by: kholis12 | 16/01/2010

Hadist Arba’in Nawawi

Segala puja-pujian bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Pencipta langit dan bumi, Pentadbir sekelian makhluk, Pengutus para Rasul SAW kepada orang-orang yang mukallaf, untuk memberikan hidayah kepada mereka dan menerangkan syari‘at agama, dengan dalil-dalil yang putus (yang yakin) serta bukti-bukti yang jelas.

Saya memuji -Nya atas segala nikmat-Nya dan saya berdo’a kepada-Nya

tambahan kurniaan-Nya dan kemurahan-Nya.

Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Maha Pemurah lagi Maha Pengampun. Adapun selepas daripada itu; maka sesungguhnya kami telah meriwayatkan daripada Ali ibn Abi Talib, Abdullah ibn Mas‘uud, Mu‘az ibn Jabal, Abu al-Darda’, Ibnu ‘Umar, Ibnu ‘Abbas, Anas ibn Malik, Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudrie r.a. daripada berbagai-bagai jalan (sanad) dengan

riwayat yang bermacam-macam bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menghafal atas umatku empat puluh hadis daripada (hadis yang) berkenaan dengan agama mereka, nescaya Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dalam golongan para fuqaha’ dan ‘ulama.”

Dalam suatu riwayat lain: “Nescaya Allah akan membangkitkannya sebagai seorang faqih dan ‘alim. Dalam riwayat Abu al- Darda’: “dan telah adalah aku (iaitu Rasulullah) pada hari kiamat menjadi orang yang memberikan syafa‘at dan saksi kepadanya”. Dalam riwayat Ibnu Mas‘uud : “dikatakan kepadanya (orang yang menghafal 40 hadis) masuklah engkau daripada mana-mana pintu syurga yang engkau mahu”. Dalam riwayat Ibnu ‘Umar : “nescaya dia ditulis termasuk dalam golongan ‘ulama’, dan dibangkitkan dalam golongan para syuhada’ ”.

Para ‘ulama hadis telah muafakat bahawa ia adalah hadis dha‘if sekalipun jalan-jalannya banyak. Para ‘ulama r.a. telah mengarang dalam bab ini (iaitu bab 40 hadis) banyak karangan yang tiada terbilang banyaknya. Orang yang paling awal mengarangnya setakat pengetahuan saya ialah Abdullah ibn al-Mubarak, kemudian Muhammad ibn Aslam al-Thusie al-’Alim al Rabbanie, kemudian al-Hasan ibn Sufian al-Nasa’ie, Abu Bakar al-Aajirie, Abu Muhammad ibn Ibrahim al- Asfahanie, al-Daraquthnie, al-Hakim, Abu Nu‘aim, Abu Abdul Rahman al-Salmie, Abu Sa‘id al-Malinie, Abu ‘Uthman al-Shabuni, Abdullah ibn Muhammad al-Ansari, Abu Bakar al-Baihaqie  dan ramai lagi ‘alim ‘ulama yang lain yang tiada terkira banyaknya sama ada daripada kalangan ‘ulama terdahulu atau terkemudian.

Sesungguhnya saya telah beristikharah kepada Allah Ta‘ala untuk mengumpulkan empat puluh hadis sebagai mengikuti jejak langkah para Imam tokoh ‘ulama dan para huffaz al-Islam (Para pendukung Islam, pemelihara Islam, atau para Imam Hafiz hadis). Para ‘ulama telah bermuafakat tentang keharusan beramal dengan hadis dha‘if dalam soal fadhail a‘maal iaitu amalanamalan yang sunat.). Namun demikian, bukanlah pergantungan saya (dalam usaha mengumpulkan 40 hadis ini) kepada hadis dha‘if, bahkan pergantungan saya ialah kepada sabda Nabi SAW dalam beberapa hadis sahih : yang bererti: “Hendaklah orang yang hadir (majlis Rasulullah dan mendengar pengajaran Nabi SAW) menyampaikan (apa yang didengarinya) kepada orang yang tidak hadir”, juga sabda Nabi SAW : yang bererti: “Allah mempercahayakan (wajah) seseorang yang mendengar kata ucapanku, lalu dia memahaminya, lantas dia menunaikannya (Menunaikannya iaitu menyampaikannya kepada orang lain sama ada dengan lafaz yang sama tepat atau dengan makna kerana harus meriwayatkan hadis Nabi secara makna dengan beberapa syarat tertentu. Lihat (Syarah Hadis 40 Nawawi) karangan al-Imam Ibnu Daqiq, Maktabah al-Turath al-Islamie, Kaherah,1987 pada syarah muqadimah ini.) sebagaimana dia mendengarnya”.

Ada sebahagian ‘ulama yang mengumpulkan 40 perkara mengenai prinsip-prinsip agama (usuluddin), manakala sebahagian lain mengenai perkara furu‘ , sebahagian yang mengenai perkara jihad, sebahagian yang lain mengenai zuhud, sebahagian yang lain mengenai adab-adab, sebahagian mereka mengenai khutbah. Semuanya adalah kerja-kerja yang bertujuan bagus yang Allah Ta‘ala redhai akan orang-orang yang melakukannya. Saya bercadang

mengumpulkan 40 perkara yang terlebih utama daripada itu semua, iaitu 40 hadis yang merangkumi semua topik tersebut, yang mana setiap hadis (daripada 40 hadis tersebut) menjadi kaedah ( Tunggak atau prinsip) yang agung daripada kaedah-kaedah agama, yang mana hadis itu telah disifatkan oleh para ‘ulama bahawa perligaran Islam bersekitar di lingkungannya, atau separuh Islam, atau sepertiga Islam atau seumpamanya.

Kemudian saya beriltizam dalam pemilihan 40 hadis ini agar ia merupakan hadishadis sahih, dan kebanyakannya adalah terdapat dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim, di mana saya menyebut hadis-hadis tersebut secara dibuang sanadnya agar ia mudah dihafal, dan supaya manfaatnya lebih tersebar umum insyaaAllah Ta‘ala, kemudian saya iringi pula hadis-hadis ini dengan suatu bab pada menghuraikan makna lafaz-lafaz hadis (40 ini) yang tersembunyi. Sayugialah bagi orang yang mencintai negeri akhirat bahawa dia mengenali hadis-hadis ini justera kandungannya yang merangkumi perkara-perkara yang penting dan ingatan tentang segala ketaatan. Yang demikian itu adalah bagi orang-orang yang benar-benar bertadabur. Kepada Allah jua pergantungan saya, kepada- Nya jua harapan dan sandaran saya, dan segala puja dan nikmat itu bagi-Nya, dan hanya dengan-Nya jua Taufiq dan ‘Ishmah (‘Ishmah iaitu pemeliharaan daripada kesalahan. Daripada perkataan ini datangnya pecahan

perkataan “Ma’sum”).

Pengen tau hadisnya klik aja disini Download


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: